|
Ditulis oleh HangTuah
|
|
Tuesday, 19 January 2010 |
UCAPAN TAKZIAH Tanggal 12 Januari 2010 jam 5 petang selepas Mesyuarat Unit KoKurikulum warga SEMEKAR mendapat perkhabaran sedih di mana suami kepada Cikgu Harjunawati Bt Hasin telah kembali ke Rahmatullah. Suami beliau Imran Bin Zakaria yang bertugas sebagai Penolong Pengurus di FELDA Plantation Keratong 3 telah menghembuskan nafas terakhir di Kuantan Madical Center. Pihak pentabiran sekolah dan seluruh warga SEMEKAR mengucapkan takziah atas pemergian arwah suami tercinta Puan Harjuna. Kami mengharapkan beiau tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya ajal maut itu ketentuan yang Maha Esa. Allah lebih menyangi beliau. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama oran-orang yang beriman. Al-Fatihah. |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 19 January 2010 )
|
|
|
Ditulis oleh HangTuah
|
|
Tuesday, 19 January 2010 |
SELAMAT KEMBALI Sesi 2010 bermula sudah. Diucapkan selamat datang kepada pelajar SEMEKAR yang baru dan selamat kembali kepada yang lama. Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat meneruskan kehidupan dengan penuh kesenangan dan kemewahan. Pada 4 Januari 2010 lalu seramai 657 orang pelajar telah mendaftar menjadi warga SEMEKAR, dengan kekuatan guru seramai 53 orang dan dibantu oleh kakitangan hampir 20 orang sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari pertama berjalan dengan lancar. Keputusan PMR yang cemerlang pada tahun lepas menuntut usaha yang lebih gigih lagi dari warga SEMEKAR untuk mengekalkan prestasi tersebut. Sehubungan dengan itu usaha awal telah dijalankan dengan mengadakan Hari Ramah Mesra Pendidikan dan Sambutan Maal Hijrah 1431 pada 7 Januari yang lepas. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang telah diberi anugrah berupa sijil dan wang saguhati. Ini diharap dapat menjadi pemangkin kecemerlangan kepada pelajar lain yang menyaksikan majlis tersebut. Selain penyampaian anugrah sekolah juga turut mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1431 sempena penghijrahan nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Ceramah berkaitan hijrah disampaikan oleh mantan Pengerusi Tabung Haji iaitu Ustaz Daud Che Ngah.Jutan terima kasih atas bantuan semua pihak yang menjayakan kedua-dua majlis ini. |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 19 January 2010 )
|
|
|